Perginya Seorang Anak Kecil Yang Di Sayangi.

| 9.23.2010 | 4 comments |
Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini merupakan hari yang amat suram dan sedih buat aku dan juga kawan baik aku.. Kerana hari ini aku telah kehilangan seorang bayi yang amat aku sayangi. Walaupun aku tiada sebarang pertalian darah dengannya,,tapi pertemuan aku dengan bayi itu bagaikan telah lama dan aku telah menganggap bayi tersebut bagaikan adik aku sendiri..

Bayi tersebut merupakan adik bongsu kawan baik aku. Norsazriana namanya atau pangggilan manjanya Yuyu. Dia telah menghidap penyakit jantung berlubang yang menyebabkan dia sukar bernafas 3bulan yang lalu. Kali pertama aku melawat yuyu ketika itu adalah sewaktu dia terlantar di hospital. Namun dia sedikit pun tidak menunjukkan sebarang perasaan sakit yang dialami walaupun aku tahu betapa terseksanya penyakit yang dialaminya itu. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan bayi kecil itu..

Hari demi hari berlalu,aku sering melawat yuyu di hospital. Yuyu merupakan seorang bayi yang begitu aktif dan mudah buat orang tertawa akan karenahnya. Kalau dahulu dia tidak begitu rapat dengan aku,,akhirnya dia begitu manja dengan aku setiap kali aku melawatnya.. Apa yang buat aku begitu tertarik dengan karenah manja yuyu ialah dia suka menggelengkan kepalanya,,seperti tahu2 sahaja apa yang aku katakan kepadanya.. Kalau perkara yang baik,,dia akan senyum,,kalau sebaliknya dia akan menggeleng2kan kepalanya tanda tidak suka hehe..

Senyumannya,ketawanya,gelengannya serta genggaman kuat tangannya pada jariku masih jelas dirasai oleh aku.. Setiap kali aku memikirkan yuyu,dia sentiasa bagaikan berada di sisi aku.. Setiap kali aku meletakkan dia di badanku ,,pasti dia akan tertidur lena.. 

Kali terakhir pertemuan aku dengan yuyu sebelum dia di hantar ke Hopital Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan jantung,,aku telah berkata dengan yuyu 'kalau yuyu dah sihat nanti,abg wan bawa jalan2 tau' kataku kepada yuyu. Walaupun dia masih lagi seorang bayi yang belum genap setahun dan tidak tahu apa2,,tapi dia seolah-olah faham apa yang aku katakan dan memberikan senyuma riang kepadaku.

Namun takdir telah ditentukan oleh yang Maha Esa,Allah lebih menyayangi yuyu dari kami semua. Yuyu telahpun kembali ke rahmatullah pada 23.09.2010. Aku begitu tersentak sekali bila tahu khabar itu dari kawanku,,dan aku melihat kawanku yang merupakan kakak kepada yuyu menangis teresak-esak. Aku bagaikan tidak percaya kerana menurut kawanku,,operasi pembedahan itu berjaya,dan setelah yuyu sedar dari pembedahan tersebut,dia telah pulih sedia kala dan menjadi seorang kanak-kanak yang lebih periang dan aktif sekali. Namun ianya hanya seketika sahaja kerana Allah lebih menyayangi yuyu..Belum lagi dia genap setahun sudah meninggalkan alam musyahadah ini..

Tapi setiap kejadian pasti ada hikmah di sebaliknya. Allah maha adil kepada semua hambanya. Yuyu tetap akan di jaga oleh penghuni syurga dan para malaikat serta akan di sayangi oleh Allah S.W.T.. 'kain putih' yang Allah bagi masih lagi putih walaupun arwah tidak sempat untuk menghias 'kotak ibadah'.. erm.. arwah terpilih untuk meninggalkan dunia nie tanpa sebarangg dosa.walaupun arwah tidak dapat mengenali dunia yang semakin huru-hara nie, sekurang2nya, arwah dah terlepas dari kesengsaraan hidup yang dialaminya selama nie..  kata kawan baikku fie92

Aku redha akan pemergian yuyu yang cukup aku sayangi,,dan aku redha akan ketentuan ilahi. Jenazah telah selamat sampai pada malam ini dan terus menuju ke Weston untuk di kebumikan esok. Semoga arwah ditempatkan disisi orang2 yang beriman.. Amin.. Al-Fatihah...

Kenangan bersama arwah yuyu.. Al-Fatihah..
-MZE-

On

| 9.16.2010 | 0 comments |
Assalamualaikum w.b.t..

Blog aku yang bersawang kini di update semula setelah sekian lama tak buat entry baru hehe.. So blog aku kali ini akan publish lebih banyak entry yang menarik walaupun dah lama cerita dia or sudah basi hehe.

Walaubagaimanapun terima kasih kerana sudi mengunjungi blog aku yang tak seberapa ini dan Selamat Membaca !!! :)

-MZE-

Off

| 9.10.2010 | 0 comments |
-MZE-

Kotobian Tadao Tagazo Do Raya Aidilfitri

| 9.09.2010 | 0 comments |

Assalamualaikum w.b.t

Macam biasalah cerita untuk entry baru ni sempena 1 Syawal ni, ingin sekali lagi aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin 1431 Hijrah bersamaan 2010 Masihi :)  Dan tajuk kat atas tu ayat kaum Kadazan Dusun menyambut Pesta Kaamatan dari Sabah tu nohhh eh Bahh hehe.

-MZE-





Kali Pertama

| | 2 comments |
Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum w.b.t..





Ini merupakan kali pertama aku memasuki dunia blogger setelah di paksa secara lemah lembut oleh member aku a.k.a bff dunia akhirat untuk membuat blog hehe :p .. Setelah berkurun lamanya eseh (lama tu disuruh buat,sejak dari tahun lopeh lagi haha),, akhirnya terbuat jugala satu blog untuk diri aku ini yang diberi nama MZE Online (nama sementara je kut) dengan di bantu oleh Sir Marcello, Trimas 100x bro. Itupun bila dah siap buat blog tak pernah aku nak menaip satu haram perkataan pun sebab dok tadak idea~~ miahahahahaha XD

Memandangkan aku masih baru di dunia blog ni, so tak banyak sangatlah yang aku nak tulis. Cukup jela ye salam perkenalan aku sebelum lebih banyak lagi entry yang akan aku tulis di masa akan datang, InsyaAllah.. :)

Akhir sekali, sempena nak dekat raya (esok memang dah raya pun haha) aku sebagai pengguna baru di dunia blogger ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..

-MZE-